Keratan Akhbar

Leny 'Ratu Tupperware'
















"Leny Masayu Miskimin di premis Tupperware miliknya di Rawang, Selangor".  


Sumber : Utusan Malaysia 18 Mac 2011
  
MENGAMBIL keputusan untuk berhenti kerja seterusnya menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan bukanlah satu tindakan yang bijak sekiranya tiada keyakinan diri yang tinggi.
Bagaimanapun, bagi bekas pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota ini tidak pernah menyesal dengan tindakan yang dibuatnya.


Ternyata keputusan yang diambil Leny Masayu Miskimin, 35, memihak kepada dirinya apabila perniagaan yang diusahakannya secara sambilan sejak 2007 semakin berkembang dan maju.
Disebabkan itulah, Leny tidak menoleh lagi dan hari ini dia sudah boleh berbangga apabila berjaya membuka pusat perniagaan yang berasaskan produk Tupperware pada Jun tahun lalu.


Menurut Leny, beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 11 tahun yang lalu kerana perniagaan tersebut menjanjikan peluang perniagaan yang cerah.
Sebelum terlibat lebih serius dalam perniagaan tersebut, Leny merupakan seorang pengguna setia produk tersebut
 
"Peluang sebegini tidak selalu dapat, rugi kalau lepaskan begitu sahaja dan saya ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan yang diusahakan selama ini,'' ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya di Rawang, baru-baru ini.


Berbicara lanjut mengenai perniagaannya, menurut anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan, ini, pembukaan pusat perniagaannya di Rawang adalah 100 peratus menggunakan modalnya sendiri.
Beliau mengambil keputusan untuk membuka pusat perniagaan Tupperware kerana selain mendapat tawaran daripada pihak Tupperware sendiri, Leny juga sebenarnya mempunyai ramai ahli yang 'bernaung' dibawahnya.


Mengikut Leny, produk Tupperware mempunyai pengikutnya sendiri dan pembukaan pusat perniagaan Tupperware di Rawang memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut untuk mendapatkan produk itu.


"Sejak menjadi ahli produk Tupperware pada tahun 2007, ahli yang bernaung di bawah saya meliputi satu Malaysia.
"Alhamdulillah, selain mencari ahli, ia juga tersebar secara tidak langsung dan sedar tak sedar saya mempunyai ramai ahli.


Disebabkan usaha gigihnya selama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tersebut, penat lelah Leny terbalas apabila baru-baru ini dia 'dihadiahkan' sebuah kereta Toyoto Altis apabila berjaya memenuhi sasaran jualan.


Bagi Leny, tiada apa yang mustahil dan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta disusuli dengan keyakinan diri yang tinggi, segala pasti berjaya.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Leny mulakan langkah pertama...




"BAGI mengelak penggunaan polisterin LENY Masayu Miskimin akan memastikan makanan yang dibeli di kedai 'dibungkus' menggunakan bekas yang dibawanya sendiri.


Oleh:Mariatul Qatiah Zakaria
Sumber: Utusan Malaysia


"SEBAGAI seorang rakyat Malaysia yang prihatin dengan kemusnahan alam sekitar yang berlaku hari ini, saya turut rasa bertanggungjawab untuk menyelamat serta memelihara bumi daripada terus musnah."


Itulah unggapan pertama yang keluar daripada mulut Leny Masayu Miskimin, 34, apabila ditanya mengenai peranan beliau dalam membantu kemusnahan alam yang dilihat semakin 'tenat' ketika ini.


Sebagai seorang tenaga pengajar di sebuah kolej swasta di ibu negara, Leny Masayu yang lebih mesra dengan panggilan Ayu menjelaskan bahawa satu pendekatan perlu dilakukan dalam usaha memastikan pencemaran udara, air dan alam sekitar tidak berleluasa pada tahap yang membimbangkan.


Dengan itu, pendekatan yang diambil ibu kepada empat orang cahaya mata ini adalah dengan menggunakan bekas-bekas yang bebas daripada bahan-bahan kimia dan toksik.


Meninjau kediamannya yang terletak di kawasan Ampang, ternyata apa yang dikatakan adalah benar kerana tidak terdapat sebarang plastik atau pun bekas-bekas plastik yang digunakan untuk kegunaan harian.


Kesemua barang makanan serta minuman ditempatkan di dalam bekas yang diiktiraf oleh Food & Drug Administration & Japan Polyolefin Hygienic Assocoation Standart (FDA).


Dengan erti kata lain, produk keluaran Tupperware menjadi pilihan Ayu sekeluarga kerana ia terjamin dan selamat.


"Sememangnya saya diasuh daripada kecil agar tidak mengamalkan penggunaan barangan yang diperbuat daripada plastik yang mampu menjejaskan kesihatan.


"Ini kerana ibu saya juga amat menitik beratkan hal-hal berkaitan dan daripada dulu lagi keluarga saya menggunakan produk Tupperware,'' ujarnya.


Jika di rumah Ayu sering menyimpan makanan di dalam bekas yang bebas daripada bahan kimia, ia turut menjadi amalan seharian apabila membeli makanan di luar (kedai).


Betul-betul mengamalkan 'katakan tidak pada beg plastik (Says No To Plastic Bag) serta menyokong kempen hijau, Ayu tidak pernah berasa malu untuk membawa bekas dari rumah ketika membeli makanan di luar.


Ini sekali gus membuktikan bahawa Ayu sekeluarga sememangnya memboikot penggunaan barangan plastik.


"Terus terang saya katakan bahawa penggunaan bekas-bekas yang bebas daripada bahan kimia memang dapat membantu alam sekitar.


"Bayangkan sekiranya usaha saya sekeluarga mampu mengurangkan kemusnahan alam sekitar, bagaimana sekiranya ia turut dilakukan bersama-sama oleh semua penduduk dunia?


"Apabila ramai yang mula sedar mengenai hal ini tidak mustahil satu hari nanti kita mampu menjadikan dunia bebas daripada plastik atau plastik sifar,'' tambahnya.


Bagaimana pun jelas Ayu, pelbagai usaha harus dilakukan untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya bekas-bekas yang diperbuat daripada bahan kimia bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada kesihatan diri.


Apa yang perlu dilakukan adalah untuk tempoh jangka masa panjang selain menggalakkan lebih ramai lagi masyarakat menggunakan bekas-bekas yang berkualiti tetapi bebas daripada bahan kimia.


Mengulas lanjut mengenai penglibatan wanita di dalam penjagaan alam sekitar, menurut Ayu, ia merupakan satu kebenaran apabila wanita dilihat lebih prihatin mengenai hal-hal tersebut.


Bukan menidakkan penglibatan kaum Adam dalam penjagaan alam sekitar tetapi menurut anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan ini, wanita dilihat lebih sensitif mengenai hal-hal berkaitan alam sekitar jika dibandingkan dengan lelaki.


Untuk itu hari ini dilihat pelbagai syarikat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlumba-lumba mengadakan membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti penjagaan alam sekitar termasuk pengeluaran produk mesra alam sekitar dan aktiviti pemuliharaan alam sekitar.


Sebenarnya, sikap dan tabiat manusia terutama masyarakat di negara ini merupakan titik penting untuk menyelamatkan bumi bagi kehidupan manusia pada generasi akan datang.


----------------------------------------------------------------------



 

Mama Syafiqs Shopper Tupperware Copyright © 2011 Original Designed by Ipietoon